Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia
Astro Awani
Disember 18, 2012 20:28 MYT
Disember 18, 2012 20:28 MYT
Malaysia dan Indonesia menyasarkan hubungan dagang dua hala antara kedua-dua negara mencecah US$30 bilion (RM 91.7 bilion) menjelang 2015.
Itu antara intipati rundingan tahunan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Susilo Bambang Yudhiyono di Putrajaya pada Selasa.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu bertujuan mengukuhkan lagi kesepakatan, terutama dalam 42 perkara yang dibincangkan mereka pada rundingan kelapan di Lombok, Indonesia tahun lepas.
Dianjur secara bergilir antara Malaysia dan Indonesia, rundingan itu merupakan forum tertinggi dua hala dengan kedua-dua pemimpin membincangkan langkah ke arah mengukuhkan lagi hubungan menyeluruh dan strategik antara dua negara berjiran.