Rozaini dilantik pengarah bukan eksekutif Kulim (Malaysia) Bhd

Astro Awani
Januari 19, 2015 14:28 MYT
Selain berkhidmat dengan Johor Corporation Berhad dan Petronas Dagangan Berhad, Rozaini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Astro Berhad. - Sumber: Twitter@Rozaini_Sani
Bursa Malaysia mengumumkan pelantikan Rozaini Mohd Sani sebagai pengarah bukan eksekutif dan bebas bagi Kulim (Malaysia) Berhad.
Rozaini Mohd Sani 43, merupakan seorang akauntan bertauliah dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Astro Berhad bermula Disember 2013 hingga April 2014.
Kini beliau berkhidmat bersama Johor Corporation Berhad sebagai Ketua Pegawai Kewangan bermula 1 Mei 2014.
Terdahulu, Rozaini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Petronas Dagangan Berhad antara 2001 hingga November 2013.
#Kulim (Malaysia) Berhad #Rozaini Mohd Sani