Robert Kuok kekal individu paling kaya buat kali ke-11
Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 18, 2017 18:48 MYT
Disember 18, 2017 18:48 MYT
Buat kali kesebelas berturut-turut, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia.
Menurut forbes.com/malaysia Kuok dicatatkan sebagai individu yang mempunyai aset kekayaan ketika dengan nilai AS$10 bilion (RM40.8 bilion).
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya ketika kebanyakan aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara itu tokoh konglomerat dan juga pengerusi Hong Leong Co. (Malaysia), Tan Sri Quek Leng Chan naik ke kedudukan kedua selaku individu terkaya dengan jumlah aset kekayaan AS$7.4 bilion (RM30.2 bilion) setakat ini selepas menduduki tangga ketiga pada tahun lalu.
Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya turut mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.
Tokoh Telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat ketiga dengan anggaran kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM28 bilion)
Sementara tokoh perniagaan melayu terkenal Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary menduduki tangga ke sembilan terkaya dengan aset bersih bernilai AS$1.45 bilion (RM6 bilion).