KUALA LUMPUR: Penekanan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di Sarawak dan Sabah merupakan satu fokus pembangunan yang baik bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan seimbang, menurut Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim.
“Malah, penekanan kerajaan terhadap pembangunan menyeluruh (whole-of-nation) dijangka akan turut menggalakkan aktiviti ekonomi di negeri-negeri lain dan pelbagai sektor di Malaysia,” katanya kepada DagangNews.com ketika diminta mengulas mengenai pembentangan RMKe-12.
Pada pembentangan RMKe-12, di Parlimen pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mempergiatkan usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun, terutama Sabah dan Sarawak.
Katanya, ia bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan KDNK yang perlahan di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu serta mengurangkan kadar kemiskinan, terutama di Sabah, Kelantan dan Sarawak.
Menurut Abdul Mui'zz: “Agenda pembangunan dalam (RMKe-12) secara kasarnya menepati jangkaan kami kerana matlamat pembangunan dalam RMKe-12 antaranya bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana kita masih dibelenggu kesan-kesan pandemik COVID-19.
Katanya, RMKe-12 juga menetapkan sasaran pembangunan yang mampan dan inklusif termasuk pembangunan ekonomi digital; sokongan kepada pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS); dan juga memastikan kelestarian alam sekitar melalui pembangunan hijau dan memelihara prinsip-prinsip ESG dalam agenda pembangunan negara.
Selain itu, Abdul Mui'zz berkata kerajaan juga menyasarkan inisiatif dalam RMKe-12 dapat meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi rakyat.
“Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kedudukan semasa fiskal negara yang terjejas akibat krisis kesihatan awam yang bermula sejak tahun lalu, pertumbuhan yang mampan dijangka akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara dalam tahun-tahun akan datang."
Berdasarkan unjuran bagi RMKe-12, defisit fiskal dijangka akan menurun ke paras -3.0% ke -3.5% pada tahun 2025.
Abdul Mui'zz berkata, peruntukan berterusan bagi pembangunan infrastruktur adalah antara rancangan yang dijangka akan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Katanya, peruntukan RM400 bilion bagi pembangunan di bawah RMKe-12 membayangkan secara purata RM80 bilion akan dibelanjakan setiap tahun bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Antara projek yang dinyatakan dalam RMKe-12 termasuk penyediaan infrastruktur digital bagi menambah baik rangkaian 4G dan pelaksanaan 5G dalam negara.
Selain itu, projek-projek seperti Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (Rawang-Salak Selatan), Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuh raya Pantai Barat, dan Central Spine Road. Peningkatan capaian internet dan jaringan pengangkutan dijangka akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam negara.
Mengenai isu kesejahteraan rakyat pula, Abdul Mui'zz berpendapat, usaha yang lebih perlu diberikan bagi memperkasa ekonomi rakyat.
Katanya, program pendidikan dan latihan adalah inisiatif dijangka mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara yang telah bertambah buruk akibat pandemik COVID-19.
“Tahap pendapatan isi rumah yang lebih tinggi perlu dicapai bagi menggalakkan agihan pendapatan dan kekayaan yang saksama kepada para pekerja dan sektor isi rumah.
“Selain itu, pemilikan ekuiti bumiputera juga antara isu yang masih memerlukan perhatian kerana sasaran 30% masih belum berjaya dicapai,” katanya.
Berdasarkan pencapaian RMK11, Abdul Mui'zz berkata, milikan ekuiti bumiputera hanya meningkat kepada 16.9% pada 2018 berbanding 16.2% pada 2015.
Sementara itu, Felo Kanan, Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berkata, sebagai seorang yang berasal dari Sabah, beliau mengalu-alukan peruntukan yang lebih besar bakal diagihkan kepada negeri berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM7.7 bilion, iaitu RM3.61 bilion kepada negeri Sabah dan RM4.09 bilion kepada negeri Sarawak sepanjang tempoh RMKe-12.
Menyentuh tentang infrastruktur, Oh berkata, kerajaan harus memastikan kedua negeri berkenaan mendapat bekalan elektrik yang stabil.
Katanya, bekalan elektrik di Sarawak lebih stabil kerana ia mempunyai Empangan Bakun berbanding dengan Sabah yang mempunyai bekalan elektrik yang kurang stabil.
Oh juga berpendapat, kerajaan harus mempertingkatkan bekalan air bersih, jalan raya dan juga laluan keretapi pendek bagi menyambungkan Sabah dan Sarawak.
Katanya, laluan kereta sejajar dengan laluan Lebuh raya Pan Borneo wajar dibina kerana ia akan menjana ekonomi.
Sebagaimana kita ketahui, katanya, keretapi boleh mengangkut barangan dan penumpang.
Artikel asal disiarkan di Dagang News.
Dagang News
Thu Sep 30 2021
Penekanan RMKe-12 bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di Sarawak dan Sabah merupakan satu fokus pembangunan yang baik bagi memastikan pertumbuhan lebih inklusif dan seimbang. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.
Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.
Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.
PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.
Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.
RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.