RMK-13 akan cerminkan RMK-1, tumpuan kepada turutan dasar - Rafizi

Bernama
September 5, 2024 15:33 MYT
Rafizi berkata merangka rancangan lima tahun itu adalah tugas yang kompleks berikutan transformasi ekonomi negara yang ketara, yang disifatkan beliau sebagai 'pangsi kepelbagaian.' - Gambar fail
SEPANG: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan hampir menyamai RMK-1, dokumen strategik yang dikenali dengan ciri yang ringkas dan padat serta menyeluruh, dengan setiap aspek adalah komited kepada hala tuju dasar tertentu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata merangka rancangan lima tahun itu adalah tugas yang kompleks berikutan transformasi ekonomi negara yang ketara, yang disifatkan beliau sebagai 'pangsi kepelbagaian.'
"Fasa perancangan RMK-13 adalah sama dengan kanvas kosong iaitu belum diputuskan. Kami mahu mengumpul idea dan input kreatif daripada seramai mungkin untuk mewujudkan ruang yang bebas daripada status quo, dengan kebimbangan yang boleh disuarakan dan kerajaan mengerakkannya ke haluan yang tepat.
"Kemudian kami akan berusaha untuk merancang dengan teliti keutamaan yang ingin kami tetapkan untuk masa depan negara. Apa yang penting, mendapatkan turutan dasar yang betul adalah perlu," katanya ketika berucap pada Persidangan Kick-Off RMK-13 di sini hari ini.
Menurut Rafizi, berbanding rangka tindakan besar, kerajaan kini lebih suka melaksanakan pembaharuan dalam 'saiz kecil,' memberikan ruang untuk berbuat sesuatu dan penyesuaian berdasarkan maklum balas rakyat.
-- BERNAMA
#Rafizi Ramli #RMK13 #RMK1 #pertumbuhan ekonomi Malaysia
;