BUAT julung kalinya ketika berlakunya pandemik COVID-19, kemampuan keusahawanan sosial dalam menangani masalah masyarakat di kala berlakunya perintah kawalan pergerakan bermula dari bulan Mac 2020 sehingga pertengahan 2021 dapat dilihat dengan lebih teliti keberkesanannya dalam mengisi kelompongan keperluan masyarakat yang memerlukan -khususnya daripada golongan lapisan B40 dan M40 Malaysia.
Para usahawan sosial melalui kegiatan komersial mereka secara amnya menitik beratkan aspek nilai kemasyarakatan disamping mengusahakan prinsip bisnes. Sebagai contoh, ramai para usahawan sosial menjalankan model “inclusive business” untuk membantu rakyat khususnya golongan masyarakat terpinggir untuk memberi peluang pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga dan juga seperti mana para usahawan sosial mengambil ikhtiar untuk melakukan produk “design for extreme affordability” melalui produk inovasi yang dapat diperoleh dengan lebih kos efektif untuk khalayak ramai.
Ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum melalui kegiatan perniagaan yang diusahakan mereka. Secara tidak langsung, ini dapat menerapkan konsep “berniaga sambal beramal” yang berlainan jika dibandingkan dengan kegiatan NGO yang secara amnya bergantung kepada sumbangan dan dana daripada pihak kerajaan dan pihak pihak tertentu untuk menggiatkan aktiviti mereka.
Apa yang wajar diberi prihatin adalah bagaimana untuk mengarus perdanakan kegiatan keusahawanan sosial dalam aktiviti ekonomi mahupun peridustrian negara yang mana menitikberatkan faktor pembangunan sosio ekonomi dan pertumbuhan negara sejajar dengan aspirasi Malaysia yang kini berdepan dengan cabaran pandemic yang mungkin menjadi endemik dalam masa terdekat ini. Secara amnya , berikut adalah inisiatif awal dan pragmatik wajar diteliti kerajaan dan kementerian yang relevan dalam memberi fokus dalam merealisasikan potensi keusahawanan sosial untuk pembangunan negara secara menyeluruh.
Pertama daripada segi pembudayaan nilai dan aspek keusahawanan sosial yang wajar diterapkan dari peringkat akar umbi masyarakat. Ini dapat direalisasikan melalui penglibatan institusi pendidikan mahupun perniagaan dan badan badan bukan kerajaan yang mampu memerapkan prinsip keusahawanan mahupun keusahawanan sosial dikalangan golongan muda.
Sebagai contoh, pada masa sekarang, FINCO melalui Bank Negara Malaysia dan Social Enterprise Academy Malaysia menjalankan projek perintis Good SENS (Social Enterprise Network Schools) di mana sekolah-sekolah rendah sekitar Malaysia dapat menerapkan nilai keusahawanan sosial dalam matlamat untuk memberi Pendidikan celik kewangan (financial literacy) kepada golongan muda dan para pelajar sekolah. Inisiatif seperti ini seharusnya diangkat dan di besarkan skala kegiatannya di peringkat nasional menerusi dorongan dan inisiatif kerajaan untuk membudayakan keusahawanan sosial yang mampu memberi impak positif bagi golongan muda pada masa sekarang dan akan datang.
Keduanya, dari aspek perubahan sistemik yang patut diutamakan daripada pihak kerajaan bagi memastikan kelestarian dan kelangsungan keusahawanan sosial negara dalam jangka masa Panjang. Kerap kali topik keusahawanan sosial dilihat sebagai inisiatif taktik untuk “political mileage” yang hanya memberi kesan dalam jangka masa pendek yang hanya membantu segelintir pihak dan kurang menyeluruh daripada segi implementasinya.
Sekiranya kerajaan benar benar melihat kegiatan keusahawanan sosial sebagai elemen strategik yang boleh membangunkan status sosio ekonomi negara, wajar juga kerajaan mewujudkan initiatif jangka masa panjang secara berperingkat dan pragmatik seperti mana negara – negara maju (United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Singapura) mengambil keusahawanan sosial dalam langkah strategik untuk membangunkan aspek ekonomi mahupun sosio ekonomi rakyat.
Antara contoh dan cadangan am langkah-langkah praktikal yang wajar dipertimbangkan ialah melalui insentif dan inisiatif dalam aspek tenaga sumber kerja bagi industri negara tertentu, perolehan kerajaan yang lebih sistemik dan mesra perusahaan sosial dan mikro tempatan bagi membangunkan para peniaga kecil kecilan yang buat masa kini terdiri daripada 97 peratus komposisi bisnes negara.
Antara contoh lain adalah daripada segi insentif komersial melalui cukai dan insentif pelaburan bagi merancakkan lagi kegiatan perdagangan bagi pengiat perusahaan sosial di Malaysia. Buat masa kini, tidak dapat dinafikan lagi potensi keusahawanan sosial yang dapat diperkasakan sekiranya diambil dan diadaptasi daripada sudut agenda negara.
Oleh sebab itu, negara yang pesat membangun bukan saja dari segi ekonomi malahan dari aspek taraf hidup masyarakat seperti beberapa buah negara di Eropah (Sweden, Norway) dan juga Oceania (New Zealand & Australia) juga telah mengorak langkah untuk menjadikan keusahawan sosial sebagai elemen yang wajar dititikberatkan bagi membangunkan malahan untuk menetapkan semula (reset) yang berlandskapkan cabaran global yang dihadapi dunia daripada aspek pandemik COVID–19, ekonomi dan nilai kemsyarakatan mahupun perubahan iklim yang tidak kurang implikasinya. Justeru itu, Malaysia juga harus mengorak langkah dalam memperbaharui strategi pembangunan negara dan antara aspek yang wajar dititik beratkan ialah daripada aspek keusahawanan sosial yang wajar di arus perdanakan untuk kebaikan negara dalam jangka masa panjang.
“If it is not you, who? If it is not now, when?"
*Wan Dazriq merupakan seorang pengiat dalam ekosistem dan sektor keusahawanan sosial Malaysia.
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.