RM 3.3b diperoleh menerusi pengurangan subsidi minyak

Astro Awani
September 3, 2013 17:08 MYT
Pengurangan subsidi minyak membolehkan kerajaan memperoleh dana tambahan bernilai 3.3 bilion ringgit.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dana tambahan itu kemudian akan diguna untuk membiayai program bantuan rakyat 1 Malaysia dan projek pembangunan infrastruktur.
Jelas Wahid, langkah ini membolehkan rakyat yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat.
Langkah ini juga jelas Wahid untuk mengukuhkan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat ketika persekitaran ekonomi global yang mencabar.
#Datuk Seri Abdul Wahid Omar #minyak #subsidi minyak
;