Rizab BNM RM382.1 bilion pada 15 April 2016

Najib Aroff
April 22, 2016 12:32 MYT
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM382.1 bilion - Foto Wikipedia
Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM382.1 bilion bersamaan AS$97.2 bilion pada 15 April 2016.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Dari jumlah itu, AS$89.2 bilion merupakan rizab mata wang asing.
Ia diikuti rizab IMF, hak pengeluaran khas SDR, emas dan aset rizab lain.
#Bank Negara Malaysia #rizab antarabangsa