Rizab Bank Negara Malaysia susut

Najib Aroff
Jun 21, 2018 16:49 MYT
Jumlah rizab semasa adalah 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia menurun kepada AS$107.9 bilion atau RM433 bilion setakat 14 Jun 2018 berbanding AS$108.5 bilion setakat 31 Mei 2018.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata jumlah itu memadai untuk untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Ia merangkumi AS$101.4 bilion rizab matawang asing diikuti Kedudukan Rizab IMF, Hak Pengeluaran Khas (SDR), Emas dan Aset Rizab Lain.
Pada 31 Mei, rizab BNM memadai untuk menampung 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
#Aset Rizab #Bank Negara #Bank Negara Malaysia #emas #hak pengeluaran khas #IMF #Reserve BNM #Rizab BNM #SDR
;