Rizab antarabangsa BNM pada 15 Sept 2015 berjumlah RM360.1 bilion
Bernama
September 22, 2015 20:22 MYT
September 22, 2015 20:22 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya setakat 15 September 2015 berjumlah RM360.1 bilion.
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, kedudukan rizabnya cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.