Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.3 bilion pada 29 Nov 2024
Bernama
Disember 6, 2024 18:27 MYT
Disember 6, 2024 18:27 MYT
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$118.3 billion (AS$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding AS$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (AS$105.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 billion) dan aset rizab lain (AS$2.4 billion).
Jumlah aset sebanyak RM595.77 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM486.23 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.51 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM61.56 bilion).
BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM595.77 bilion meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.49 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.20 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.56 bilion), deposit lain-lain (RM67.89 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.93 bilion).
-- BERNAMA