Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion pada 15 Feb 2023

Bernama
Februari 22, 2023 08:25 MYT
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.1 bilion). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 bilion (AS$1= RM4.44) pada 15 Februari 2023, dan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).
Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM617.37 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM502.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.74 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM72.96 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM208.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.41 bilion), deposit lain (RM36.91 bilion), kertas Bank Negara (RM6.17 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.38 bilion).
--BERNAMA
#BNM #rizab antarabangsa #februari 2023 #emas #pertukaran asing