Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$107.8 bln pada 15 Jan, 2021

Bernama
Januari 22, 2021 19:37 MYT
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.8 bilion pada 15 Jan 2021.
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR:AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.0 bilion).
Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM433.12 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM20.28 bilion).
Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM170.15 bilion), mata wang dalam edaran (RM134.02 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.56 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.69 bilion), deposit-deposit lain (RM12.86 bilion), kertas Bank Negara (RM10.1 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain(RM4.01 bilion).
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #Tabung Kewangan Antarabangsa #Malaysia #Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia
;