Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.6 bilion pada 30 Oktober 2020
Astro Awani
November 6, 2020 15:20 MYT
November 6, 2020 15:20 MYT
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.6 bilion pada 30 Oktober, 2020.
Ia pengurangan daripada AS$105.2 bilion pada 15 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Daripada lima komponen rizab antarabangsa itu, rizab matawang asing meningkat kepada AS$97.1 bilion daripada AS$96 bilion dua minggu lalu.
Sementara kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Hak Pengeluaran Has (SDR) kekal tidak berubah iaitu masing-masing pada kadar AS$1.4 bilion dan AS$1.2 bilion.
Emas pula meningkat kepada AS$2.4 bilion daripada AS$2.3 bilion, namun aset rizab lain berkurang AS$1.8 bilion atau 41.86 peratus kepada AS$2.5 bilion daripada AS$4.3 bilion.
Aset keseluruhan bank berada pada RM487.146 bilion sehingga 30 Oktober, berbanding RM490.666 bilion pada 15 Oktober lalu.