Rizab antarabangsa BNM AS$102.2 bilion setakat 15 Dis

Najib Aroff
Disember 22, 2017 15:41 MYT
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh. - Gambar fail
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.2 bilion, bersamaan dengan RM431.6 bilion setakat 15 Disember 2017, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek." kata Bank Negara.
Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$95.7 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).
Jumlah rizab itu sedikit tinggi berbanding rizab antarabangsa BNM pada 30 November 2017 sebanyak AS$101.9 bilion atau RM430.4 bilion.
#Bank Negara #Bank Negara Malaysia #BNM #Hak Pengeluaran Khas BNM #IMF #rizab antarabangsa #Rizab Bank Negara
;