Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia RM390.2 bilion pada Jun 2015

Bernama
Jun 23, 2015 08:30 MYT
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan Isnin.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM390.2 bilion (bersamaan dengan US$105.3 bilion) pada 15 Jun, 2015.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan Isnin.
Komponen utama rizab antarabangsa adalah Rizab Mata Wang Asing (US$96.5 bilion), Kedudukan Rizab Dana Monetari Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (US$1.8 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan lain-lain Aset Rizab (US$4.8 bilion).
#BNM #dana monetari antarabangsa #IMF #rizab mata wang asing
;