Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah US$114.4bln pada 15 April

Bernama
April 25, 2022 16:30 MYT
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.4 bilion pada 15 April 2022.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing yang berjumlah US$101.2 bilion setakat 15 April, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (US$6.0 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$3.4 bilion).
Sebelum ini, BNM mengumumkan bahawa rizab antarabangsanya berjumlah US$115.2 bilion pada pertengahan Mac 2022.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #Tabung Kewangan Antarabangsa #import barangan dan perkhidmatan #Aset Rizab
;