Rizab antarabangsa Bank Negara AS$101.4 bilion

Najib Aroff
Januari 7, 2019 16:45 MYT
Jumlah rizab akhir tahun itu juga tidak berubah berbanding yang dicatatkan setakat 14 Disember 2018. - Foto Fail
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$101.4 bilion setakat 31 Disember 2018.
Menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
“Paras Rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing,” kata bank pusat itu lagi.
Jumlah rizab itu merangkumi Rizab Matawang Asing bernilai AS$95.7 bilion, diikuti kedudukan Rizab IMF, Hak Pengeluaran Khas (SDR), emas dan lain-lain.
Jumlah rizab akhir tahun itu juga tidak berubah berbanding yang dicatatkan setakat 14 Disember 2018.
Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara diumum dua kali sebulan oleh bank pusat.
#Bank Negara #Bank Negara Malaysia #banking #BNM #BNM Reserve #IMF #Malaysia #Nor Shamsiah #ringgit #Rizab Bank Negara #Rizab BNM #SDR
;