Risiko yang anda perlu tahu untuk 2019: Ketegangan perdagangan mereda tetapi...

Isabelle Leong
Disember 13, 2018 09:00 MYT
Kedua-dua pemimpin berkemungkinan dapat mencapai persetujuan dalam isu seperti harta intelek dan mengehadkan pemanipulasian perdagangan yang dilakukan oleh negara-negara terhadap perniagaan. - REUTERS/Carlos Barria
PERDAMAIAN sementara antara China dan Amerika Syarikat (AS) pasca Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada mulanya mampu mengurangkan ketegangan dalam pasaran perdagangan.
Menurut Laporan HSBC Global Research, hasil penangguhan ‘perang’ itu masih tidak menentu dan prospek perdagangan terus dibelenggu pertikaian Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Brexit.
Apa yang pasti adalah pengakhiran ketegangan perdagangan mampu meningkatkan sentimen pelabur dan menerima impak positif terhadap China dan juga pasaran baharu muncul (EM).
Peningkatan risiko perdagangan
Selepas pemulihan perdagangan pada 2017, pertumbuhan perdagangan barangan mengalami kerencatan pada 2018.
Dasar perdagangan tegas dikenakan oleh AS terhadap China, khususnya. Ia turut menjejaskan negara lain di seluruh dunia seperti Kanada, EU dan Turki.
Di Eropah, proses Brexit meningkatkan lagi ketidakpastian perdagangan.
Titik Perubahan?
Usaha pembuat dasar perdagangan membuahkan hasil dan terdapat beberapa lagi usaha masih dalam proses pelaksanaan, yang dijangka mampu membantu memulihkan prospek perdangangan.
Oktober 2018 menyaksikan ratifikasi Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang merupakan perjanjian yang liberal yang melibatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$10 trilion.
EU dan Jepun juga dalam proses meratifikasi perjanjian perdagangan dua hala yang akan memansuhkan banyak tugasan, meningkatkan keterbukaan pasaran pertanian dan juga menangani halangan bukan tarif dalam bidang seperti auto dan farmaseutikal.
Tiada satu urus janji perdagangan ini melibatkan China atau AS.
BACA: Perang dagangan AS-China boleh berlarutan sehingga 20 tahun - Jack Ma
Namun, perniagaan yang terlibat dalam perdagangan dengan AS dan China meningkatkan usaha bagi mewujudkan reformasi yang mesra bagi menangani ketegangan antara kedua-dua negara tersebut.
AS dan China mampu mengorak langkah ke arah pembaharuan pada 2019
Perkembangan dasar perdagangan di seluruh dunia dan peningkatan kos mampu menggalakkan A.S dan China untuk membina hubungan yang baik susulan pertemuan Presiden A.S Donald Trump dan juga Presiden China Xi Jin Ping berikutan Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires.
Kedua-dua pemimpin berkemungkinan dapat mencapai persetujuan dalam isu seperti harta intelek dan mengehadkan pemanipulasian perdagangan yang dilakukan oleh negara-negara terhadap perniagaan.
Dalam senario sebegini, tarif penalti bersama mampu dihapuskan.
#2019 #Amerika Syarikat #AS #Brexit #China #Donald Trump #ketegangan #perdagangan #risiko #Turki
;