Risda menandatangani perjanjian persefahaman
Astro Awani
Januari 1, 2013 16:30 MYT
Januari 1, 2013 16:30 MYT
Risda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Ketengah telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bagi melaksanakan pelbagai program secara bersepadu.
Ia bakal memberi manfaat kepada 150 ribu petani dan pekebun kecil di wilayah Ketengah di Terengganu.
Perjanjian membolehkan kedua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan program pembangunan tanam semula, pembangunan usahawan
dan pembangunan perladangan.
Ia turut membabitkan pengurusan kilang sawit, pembangunan pendidikan dan latihan serta pembangunan pengurusan dan pemasaran unggas serta haiwan bagi faedah golongan sasar.
Majlis menandatangani MOU disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.
Gabungan tenaga agensi ini antara lain dilihat bakal meningkatkan mutu pendidikan yang memberi faedah kepada anak-anak petani dan pekebun kecil.