Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pagi
Bernama
November 15, 2018 10:05 MYT
November 15, 2018 10:05 MYT
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini memandangkan kebanyakan peniaga mengambil keputusan membuat keuntungan daripada dolar.
Pada 9.06 pagi, ringgit adalah 4.1930/1970 berbanding dolar AS daripada 4.1945/1975 pada penutup semalam.
Seorang peniaga berkata, kelemahan dolar AS adalah sementara dan ia dijangka lebih tinggi, terutama dengan kenaikan harga pengguna Amerika Syarikat, mengarah kepada peningkatan inflasi yang kukuh, berkemungkinan menyebabkan Rizab Persekutuan pada landasannya untuk menaikkan kadar faedah lagi bulan depan.
"Kadar faedah yang tinggi di AS tidak bagus untuk ringgit," tambahnya
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0437/0477 daripada 3.0349/0377 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6900/6949 daripada 3.6826/6859.
ia juga lemah berbanding pound British kepada 5.4463/4519 daripada 5.4386/4433 dan rendah berbanding euro pada 4.7465/7514 daripada 4.7264/7314.
-- BERNAMA