KUALA LUMPUR: Ringgit tidak akan mencecah paras 5.0 berbanding dolar AS kerana Malaysia tidak mengalami sebarang bentuk krisis, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Mohamad Zahid.
Beliau berkata bank pusat tidak melihat sebarang trend membimbangkan atau tekanan spekulatif; jadi paras 5.0 sudah tentunya tidak akan berlaku dan tidak realistik.
"Semasa kita mengalami penurunan paras daripada 2.5 kepada 3.0, dan kemudiannya 4.0, kita berada dalam krisis. Tetapi sekarang, kita tidak mengalami krisis.
"Oleh itu tidak ada sebab untuk terlalu memikirkan tentang paras dolar-ringgit," katanya pada perbincangan panel bertajuk 'Navigating Ringgit Exchange Rate Dynamics' (Menangani Dinamik Kadar Pertukaran Ringgit).
Acara itu diadakan bersempena dengan Simposium Sasana BNM 2023 bertemakan Pembaharuan Struktur, Bagi Malaysia yang lebih Teguh, yang diadakan di sini, hari ini.
Adnan berkata walaupun bank pusat menyedari ada sesetengah orang yang mahu melabur di luar negara, pengeksport yang teragak-agak untuk membuat pertukaran asing, atau pengimport yang merancang membeli lebih pantas, ini akan diuruskan dengan baik mengikut kemampuan BNM dalam menguruskan rizab.
"Sudah tentunya kita akan terus melihat pergerakan turun naik dalam ringgit-dolar, namun kita tidak nampak ringgit akan menuju ke arah tersebut (paras 5.0).
"Mungkin kita akan mencecah paras 4.0 jika kita boleh pulih dengan pantas, Kita boleh mencapai paras itu," katanya.
Sementara itu, melihat kepada keseluruhan prestasi ringgit dalam kadar pertukaran efektif nominal (NEER), Adnan berkata ringgit secara relatifnya agak stabil meskipun krisis siling hutang dan perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan kelemahan ekonomi China, memandangkan hubung kait yang tinggi antara Malaysia dan China, dengan eksport ke China menyumbang 13.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.
Beliau berkata pasaran kewangan tempatan masih kukuh kerana sebahagian besar pelabur negara terbatas dalam institusi rasmi, dana pencen, syarikat insurans dan syarikat pengurusan aset.
"Kebanyakan daripada mereka menguruskan portfolio mereka berbanding indeks bon global. Oleh itu penting bagi negara untuk meneruskan beberapa dasar dan melakukan pembaharuan yang perlu agar bon kita terus kekal menarik kepada pelabur asing," katanya.
Sementara itu, ketua pasaran kewangan Standard Chartered Bank Malaysia Sylvia Wong berkata daripada perspektif sektor komersial dan swasta, Malaysia secara umumnya masih dianggap sebagai destinasi pelaburan yang baik bagi pelabur asing memandangkan antara lainnya lebihan akaun semasa dan perdagangan yang kukuh -- eksport bernilai RM1.6 trilion pada 2022 --, kecairan fleksibel dalam pasaran modal dan mudah untuk menjalankan perniagaan di negara ini.
"Bagaimanapun, daripada perspektif pengurus wang, pendekatan biasanya lebih berjangka pendek dan bukannya berjangka sederhana dan panjang, yang mana pertama sekali, mereka cenderung melihat kepada pengambilan risiko, dan itu adalah keadaan makro.
"Sebagai contoh, krisis perbankan AS adalah pengelakan risiko. Keduanya mereka mengkaji pasaran sedang pesat membangun berbanding pasaran maju dan sama ada mereka boleh mendapatkan hasil dan pulangan yang lebih baik daripada pasaran sedang pesat membangun atau pasaran maju.
"Ketiganya, mereka akan melihat kepada pendapatan tetap atau ekuiti. Jadi, umumnya, pengurus wang cenderung melihat kepada ketiga-tiga faktor utama ini dan perbezaan antara satu dengan lain, bergantung kepada masa dan apa yang memacu aliran," katanya.
Wong berkata sektor swasta berharapkan kepada kestabilan dan mahu eknonomi sebenar tumbuh pesat di samping dapat membantu industri lain turut berkembang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Ringgit tidak akan mencecah paras 5.0 berbanding dolar AS kerana Malaysia tidak mengalami sebarang bentuk krisis, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Mohamad Zahid. - Gambar hiasan/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.