KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut berbanding dolar US untuk dibuka rendah hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh susulan data ekonomi AS yang positif.
Pada 9.03 pagi, unit tempatan dicatatkan rendah kepada 4.2400/2430 berbanding dolar US daripada 4.2270/2300 semasa ditutup pada Isnin.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit dijangka menghadapi persekitaran yang mencabar hari ini berikutan dolar US yang lebih kukuh disebabkan data mengenai pekerjaan AS yang lebih baik baru-baru ini.
"Para pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed AS) telah menjadikan pemulihan pasaran pekerjaan sebagai syarat untuk dasar monetari yang lebih ketat.
"Berita mengenai pekerjaan yang optimis seperti itu membantu menyokong pandangan bahawa Fed AS dijangka bertindak lebih cepat untuk memperketat dasar monetari AS," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Adam berkata kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi China dan penularan varian Delta COVID-19 yang lebih cepat turut menambah tekanan kepada mata wang tempatan.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran terus tidak menentu dalam beberapa hari ini berikutan pengumuman Fed AS bahawa ia mungkin perlu memperketat dasar monetari bermula daripada mesyuarat akan datang.
"Jika Fed AS tidak mengambil pendirian untuk menaikkan kadar faedah, ini akan bermakna terdapat kekurangan peruntukan untuk membiayai pertumbuhan syarikat, saham dijangka merosot dan dolar cenderung untuk meningkat berbanding mata wang lain.
"Pada minggu ini, pelabur akan turut memantau Indeks Harga Pengguna untuk dolar, yang mungkin dapat memberi gambaran mengenai inflasi AS," katanya.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8309/8339 daripada 3.8382/8413 semasa ditutup pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.9659/9694 daripada 4.9718/9753.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1163/1187 daripada 3.1179/1206 dan naik berbanding pound kepada 5.8601/8643 daripada 5.8717/8759 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Pada 9.03 pagi, unit tempatan dicatatkan rendah kepada 4.2400/2430 berbanding dolar US daripada 4.2270/2300 semasa ditutup pada Isnin. -Gambar fail
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS telah mendorong peningkatan permintaan untuk dolar AS dan ekuiti.
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai OPR oleh BNM.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kelemahan dolar AS
Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat ketika DXY lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan.
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mungkin mengalami dagangan tidak banyak berubah kerana pasaran bersedia untuk minggu yang sibuk.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.
Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.
Tawaran kerja AS susut, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Perkembangan itu sekali gus mengekalkan naratif terhadap pelaksanaan lebih banyak pengurangan kadar faedah di AS.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut dalam persekitaran selera risiko terhadap mata wang tempatan yang mereda menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat.