KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positif pagi ini untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS dengan para pelabur menjangkakan rentak kenaikan kadar faedah AS yang lebih perlahan oleh Rizab Persekutuan AS.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3305/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3325/3375 pada penutupan urus niaga Jumaat.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah pada bulan Februari dan pembukaan semula China terus memacu sentimen.
Selain itu, beliau berkata rangsangan terhadap harga komoditi, khususnya minyak mentah, lebih-lebih lagi dengan ekonomi China kembali bergerak turut meningkatkan selera untuk mata wang tempatan.
"Peniaga akan turut memantau perkembangan Rizab Persekutuan minggu ini untuk mengetahui pandangan mereka mengenai trend inflasi.
""Beralih daripada inflasi tinggi dan meningkat kepada inflasi sederhana adalah baik untuk aset berisiko kerana ia sepatutnya mengurangkan kecenderungan pihak Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah," jelas Innes.
Rizab Persekutuan menetapkan kadar terminal sebanyak 5.1 peratus untuk 2023 pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang terakhir.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan meningkat kepada 4.6960/7009 daripada 4.6986/7040 pada penutupan Jumaat lalu.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2839/2878 daripada 3.2782/2825, lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.3882/3923 daripada 3.3703/3744 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3040/3095 daripada 5.2973/3035 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan meningkat kepada 4.6960/7009 daripada 4.6986/7040 pada penutupan Jumaat lalu. - Gambar hiasan
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Ringgit diunjur kekal kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO
Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
Ringgit diniaga pada 4.17 awal hari ini, naik berbanding mata wang utama lain
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi ketegangan geopolitik
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1595/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1610 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus kukuh, diniaga pada paras 4.12 berbanding dolar AS
Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa.
Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS
Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.