KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu susut berikutan data yang tidak dijangkakan, kata ahli ekonomi.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6030/6100 berbanding dolar AS daripada 4.6185/6235 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Tuntutan Pengangguran Awal AS meningkat kepada 261,000 minggu lepas -- lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 235,000 -- yang menyebabkan penurunan nilai dolar AS.
"Data terkini juga menunjukkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS pada minggu depan mungkin menghentikan kitaran kenaikan kadar buat sementara.
"Oleh itu, kami menjangkakan ringgit meningkat sedikit hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3103/3156 daripada 3.3041/3079 ketika ditutup pada Khamis serta susut berbanding euro kepada 4.9630/9705 daripada 4.9557/9610.
Ringgit juga lemah berbanding pound British kepada 5.7786/7874 daripada 5.7537/7600.
Walau bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4271/4326 daripada 3.4290/4332 semasa ditutup pada Khamis serta lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 308.9/309.6 daripada 310.0/310.5.
Unit tempatan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.22/8.24 daripada 8.23/8.24 sebelumnya namun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2992/3245 daripada 13.2647/2848 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6030/6100 berbanding dolar AS daripada 4.6185/6235 ketika ditutup pada Khamis. -Gambar fail
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.