KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa ketika peserta pasaran memberi tumpuan terhadap mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang bermula hari ini.
Pada 9.05 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 pada akhir urus niaga semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata mesyuarat FOMC itu amat penting dari segi sokongan terhadap prestasi dolar AS bagi jangka pendek.
"Pergerakan harga akan terhad manakala pasaran kadar faedah AS pula menunjukkan peluang yang hampir sama dengan pengurangan kadar mata asas sebanyak 25 mata asas yang dijangka pada Mac.
"Selain itu, ketegangan geopolitik yang meruncing di Timur Tengah hanya menambah kerumitan tambahan terhadap dinamik pasaran dan menjejaskan hala tuju dolar AS," katanya kepada Bernama.
Berikutan itu, Innes menjangkakan ringgit kekal stabil pada paras semasa menjelang mesyuarat FOMC.
Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang turun kepada 3.2055/2090 daripada 3.2020/2056, semalam.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0066/0123 daripada 6.0093/0157 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1201/1250 daripada 5.1204/1258, sebelum ini.
Unit tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/299.3 daripada 299.1/299.7 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41.
Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5281/5317 daripada paras 3.5269/5309 dan rendah berbanding baht Thailand pada 13.3628/3812 daripada 13.2949/3153, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Pada 9.05 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.