KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah buat hari keempat berturut-turut berikutan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) Jerome Powell mengenai dasar monetari AS pada Khamis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit kini mengakhiri sebahagian besar peningkatan baru-baru ini namun kekal di atas paras terendah dalam 25 tahun.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan Powell semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa malam tadi mempunyai implikasi serius terhadap pasaran kewangan.
Dilaporkan bahawa kenyataan Powell mencadangkan bahawa bank pusat Amerika tidak yakin 100 peratus kitaran kenaikan kadar telah berakhir dan beliau membayangkan kadar faedah AS mungkin perlu terus ditingkatkan untuk mengatasi inflasi di Amerika Syarikat.
"Ia (akan menjadikan) pasaran memikirkan semula strategi Fed untuk terus menurunkan inflasi walaupun pasaran buruh AS semakin lemah pada Oktober," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, beliau menjangkakan pasaran forex akan terus berhati-hati dari sekarang hingga Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS seterusnya pada 12-13 Dis.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1072/1101 daripada 3.1050/1099 ketika ditutup pada Khamis, susut berbanding euro kepada 5.0232/0275 daripada 5.0173/0248 semalam, dan meningkat daripada pound Britain kepada 5.7480/7529 daripada 5.7695/7781 sebelum itu.
Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4599/4631 daripada 3.4563/4617 pada Khamis, merosot berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.39/8.41 sebelumnya dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.2 daripada 299.5/300.1 semalam. Ia naik berbanding baht Thai kepada 13.1108/1267 daripada 13.1802/2065 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar hiasan
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup rendah ketika hasil AS meningkat
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.