KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur mengalihkan tumpuan daripada dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah AS pada Rabu, kata ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7255/7290 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yakin peserta pasaran akan berwaspada terhadap penilaian terkini Rizab Persekutuan AS (Fed AS) semasa mesyuarat terbaru Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bermula hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pelabur akan memantau rapi laporan Tinjauan Peluang Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) malam ini, dengan anggaran konsensus peluang pekerjaan berjumlah 8.75 juta pada Disember 2023 berbanding 8.79 juta pada bulan terdahulu.
"Peluang pekerjaan yang rendah bererti permintaan rendah terhadap tenaga kerja, yang mendorong pertimbangan kepada penurunan kadar faedah pada tahun ini," katanya kepada Bernama.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata keputusan mengenai kadar faedah yang ditunggu-tunggu adalah berita terpenting di pasaran kewangan kerana boleh mengubah aliran wang di seluruh dunia.
"Jangkaan oleh kebanyakan pakar adalah Fed AS akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, dan jika ini berlaku, dolar AS berbanding ringgit boleh menyusut kepada paras 4.7000 dalam tempoh beberapa hari akan datang," katanya.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama hari ini, kecuali berbanding yen Jepun, iaitu jatuh kepada 3.2061/2087 daripada 3.2020/2056 semasa ditutup pada Isnin.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9924/9968 daripada 6.0093/0157 semalam dan menokok berbanding euro kepada 5.1163/1201 daripada 5.1204/1258 sebelum ini.
Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.
Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.4/299.7 daripada 299.1/299.7 semasa ditutup semalam, tetapi meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.40/8.42 sebelum ini.
Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5273/5304 daripada 3.5269/5309 pada Isnin dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.3572/3727 daripada 13.2949/3153 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
![Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7255/7290 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 semasa ditutup semalam. - Gambar hiasan/REUTERS
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.