KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat kembali selepas mencatatkan kerugian selama seminggu.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6730/6780 berbanding dolar AS daripada 4.6755/6795 pada penutup Khamis.
Sementara itu Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penunjuk pasaran buruh Amerika Syarikat terkini terus menunjukkan ekonomi negara itu yang menggalakkan.
Tuntutan pengangguran awal turun menjadi 216,000 minggu lepas berbanding minggu sebelumnya 229,000, manakala tuntutan berterusan turut merosot kepada 1.679 juta, jauh di bawah unjuran konsensus 1.719 juta.
Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) telah melonjak kepada 105.059 mata, dengan dolar AS mendapat permintaan tinggi kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan pendiriannya terhadap kenaikan kadar faedah.
"Mungkin terdapatnya campur tangan yang telah membantu melonjakkan ringgit lebih tinggi pagi ini.
"Namun begitu, penunjuk teknikal seperti Indeks Kekuatan Relatif (RSI) bagi ringgit berada dalam keadaan terlebih jual dan ringgit boleh kekal lemah sekitar RM4.67 hingga RM4.69 (berbanding dolar AS)," katanya kepada Bernama .
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nilai mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.0062/0115 daripada penutup Khamis pada 5.0093/0136 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.8356/8419 daripada 5.8289/8339 dan berbanding yen Jepun pada 3.1774/1810 daripada 3.1707/1736 sebelumnya.
Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit didagangkan bercampur-campur.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4249/42895 daripada 3.4270/4305 dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 304.8/305.3 daripada 305.0/305.4.
Mata wang tempatan lemah berbanding baht Thai kepada 13.1378/1571 daripada 13.1301/1469 dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.23/8.25 daripada 8.23/8.24 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6730/6780 berbanding dolar AS daripada 4.6755/6795 pada penutup Khamis. -Gambar fail/Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Ringgit diunjur kekal kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO
Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
Ringgit diniaga pada 4.17 awal hari ini, naik berbanding mata wang utama lain
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi ketegangan geopolitik
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1595/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1610 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus kukuh, diniaga pada paras 4.12 berbanding dolar AS
Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa.
Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS
Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.