KUALA LUMPUR: Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.
Beliau juga optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang 4.0-5.0 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus yang dicatatkan pada tahun lepas, dipacu oleh perbelanjaan isi rumah dan penggunaan swasta.
"Ringgit telah terkurang nilai. BNM mempunyai model untuk menganggarkan nilai yang saksama bagi ringgit dan kesemua model kita secara konsisten menunjukkan bahawa ringgit telah terkurang nilai.
"Nilai semasa ringgit terutamanya telah didorong oleh sentimen yang kita percaya tidak mengambil kira fakta bahawa Malaysia mempunyai prospek pertumbuhan yang positif dan inflasi yang sederhana.
"Malah, dengan pembaharuan yang akan kita laksanakan, (saya percaya) daya saing ekonomi kita akan bertambah baik, sekali gus turut menyokong pengukuhan ringgit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ucapan Gabenor BNM mengenai Ekonomi Malaysia dan Perbincangan Panel yang diadakan sempena pengumuman Laporan Tahunan BNM 2023 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Marzunisham berkata BNM sedang bekerjasama dengan kalangan perniagaan, syarikat berkaitan kerajaan dan korporat untuk menggalakkan mereka untuk tidak hanya membawa pulang pendapatan asing, tetapi turut bertindak menukar mata wang asing.
"Kita dapat melihat (kesan) beberapa sokongan positif daripada mereka dan berharap tindakan ini secara berterusan kerana membolehkan aliran masuk yang sememangnya diperlukan ke dalam pasaran pertukaran asing," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng pula menjangkakan ringgit diniagakan dalam lingkungan RM4.50 dan RM4.60 menjelang akhir 2024.
Beliau berkata asas-asas Malaysia berkaitan ringgit juga kukuh, termasuk peningkatan lebihan akaun semasa dan eksport.
"Lebih penting lagi adalah pertumbuhan dan pelaburan mampan yang turut menjadi asas penting dalam menyokong nilai ringgit.
"Kita juga positif bahawa ringgit akan pulih dengan sebahagian besarnya disokong oleh keadaan prestasi sebaliknya dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan ekonomi AS yang kian lemah dan menyebabkan mereka perlu menurunkan lagi kadar faedah," katanya.
Yeah berkata bank pusat iaitu Rizab Persekutuan AS juga dijangka mula melonggarkan kadar faedah utama negara itu menjelang pertengahan tahun ini dengan sekurang-kurangnya tiga pengurangan pada 2024.
"Jika AS mengurangkan kadar faedah, ini bermakna mata wangnya akan lemah dan (seterusnya) menyebabkan ringgit mengukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
![Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif. - Gambar hiasan/Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
![Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738674540_Afzanizam.jpg)
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
![Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
![Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724203623_malaysiaringgitus.jpg)
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
![Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010762_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
![Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
![Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.