KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk April, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7020/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7030/7060 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsensus mengunjurkan PCE pada April dan indeks PCE teras masing-masing meningkat 2.7 peratus dan 2.8 peratus tahun ke tahun yang hampir sama dengan paras Mac.
Beliau menyatakan bahawa ini telah memberikan sokongan kuat kepada dolar AS.
"Jika PCE jatuh lebih daripada yang dijangkakan dan senarai gaji bukan ladang pada minggu depan adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan, ia boleh menyokong untuk penurunan kadar. Jika tidak, dolar AS yang kukuh mungkin akan berterusan," katanya kepada Bernama sambil menambah berdasarkan kenyataan rasmi, Fed AS tidak akan melonggarkan dasar monetarinya.
Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0838/0892 daripada 5.1032/1065 pada penutup Rabu, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9767/9831 daripada 6.0010/0049 semalam.
Bagaimanapun, ia lebih rendah sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9959/9992 daripada 2.9923/9944 pada Rabu.
Pada masa yang sama, ringgit juga mengukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7727/7908 daripada 12.7938/8068 pada penutup Rabu, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 289.0/289.4 daripada 290.9/291.3 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.03 daripada 8.04/8.05 sebelum ini.
Ia juga diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.4791/4833 daripada 3.4850/4875 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7020/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7030/7060 ketika ditutup pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat

Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.

Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.

Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.

Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.

Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.

BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun