KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas bergerak dalam julat terhad hari ini disebabkan aktiviti dagangan yang lengang, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu didagangkan tinggi sedikit pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini kerana perhatian telah beralih ke arah sektor perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana bank-bank pusat telah memperlahankan kenaikan kadar faedah mereka.
"Ringgit mungkin bergerak jauh lebih tinggi memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) telah memperlahankan kenaikan kadarnya.
"Nampaknya keadaan (krisis perbankan) terkawal memandangkan kesediaan pihak ketiga untuk mengambil alih bank yang terjejas," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, pasaran masih menilai keadaan semasa.
Dilaporkan minggu lepas bahawa peminjaman bank dalam diskaun Fed meningkat dengan mendadak kepada US$117 bilion, lebih tinggi daripada paras minggu sebelumnya sebanyak US$32 bilion dan melepasi US$112 bilion yang dicatatkan semasa krisis gadai janji.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 4.7579/7633 daripada 4.7476/7535 ketika ditutup pada Jumaat dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4159/4221 daripada 5.4034/4101 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3612/3653 daripada 3.4099/4144 minggu lepas.
Berbanding mata wang Asean, ringgit didagangkan lebih tinggi.Ia meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 291.30/291.90 daripada 291.90/292.50 pada Jumaat lepas dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3151/3191 daripada 3.3178/3225 sebelumnya.
Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8236/8440 daripada 12.9610/9835 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.15/8.16 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu didagangkan tinggi sedikit pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan/Astro AWANI
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.