Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika

Bernama
Disember 29, 2015 18:59 MYT
Kebanyakan mata wang Asia mengambil kesempatan daripada dolar AS yang rendah. - Gambar fail
Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika, disokong oleh belian mata wang tempatan, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan pada 4.2900/2970 berbanding 4.2950/2020 yang dicatatkan pada Isnin.
Seorang peniaga berkata dolar diniagakan rendah lebih seminggu berbanding sekumpulan mata wang utama lain setelah pelabur mengambil keuntungan mendahului akhir tahun.
"Kebanyakan mata wang Asia mengambil kesempatan daripada dolar AS yang rendah ini," katanya.
Sementara itu, ringgit tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0421/0488 daripada 3.0528/0582 semalam dan meningkat kepada 6.3844/3957 daripada 6.4090/4207.
Ringgit bagaimanapun, turun berbanding yen kepada 3.5631/5698 daripada 3.5614/5675 dan rendah kepada 4.7130/7211 daripada 4.7112/7193 berbanding Euro.
#dolar amerika #ringgit #tukaran matawang
;