Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Bernama
Mac 13, 2023 19:37 MYT
Mac 13, 2023 19:37 MYT
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin disebabkan para pelabur kekal berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4925/4965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5180/5220 pada Jumaat.
Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ketidaktentuan global yang meningkat, ringgit menambah nilai berbanding dolar US pada Isnin.
"Saya berpendapat apa yang berlaku kepada Silicon Valley Bank (SVB) akan menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) perlu memikirkan semula strategi pengetatan monetarinya.
"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Fed akan mengubah taktiknya. Sehubungan itu, laporan inflasi bagi bulan Februari akan dipantau dengan teliti minggu ini," katanya kepada Bernama.
Keruntuhan SVB yang memberikan pengkhususan kepada pembiayaan modal teroka terutamanya dalam sektor teknologi berlaku selepas pendeposit mengeluarkan sejumlah besar simpanan sehingga menyebabkan ia tidak boleh beroperasi sendiri.
Ia adalah bank ke-16 terbesar di AS setakat akhir tahun 2022 dengan kira-kira AS$209 bilion aset dan AS$175.4 bilion deposit.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3727/3763 daripada 3.3038/3070 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding pound Britain kepada 5.4292/4340 daripada 5.4148/4196 sebelumnya dan jatuh berbanding euro kepada 4.7957/8000 daripada 4.7823/7865.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ringgit menguncup berbanding baht Thai kepada 12.9819/9994 daripada 12.8894/9064 minggu lepas dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3354/3389 daripada 3.3316/3351 sebelumnya, bagaimanapun ia melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 292.10/292.25 daripada 292.30/292.80 pada Jumaat dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.18 from 8.19/8.20 sebelumnya.
-- BERNAMA