KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dengan mata wang tempatan menjejaki kelemahan yuan memandangkan langkah rangsangan terkini China gagal menepati harapan, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan kekal tidak berubah pada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada angka penutupan pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal tersekat pada kira-kira RM4.65 bagi setiap dolar AS kerana langkah rangsangan China yang terbaru gagal mencetuskan impak positif.
"Kadar utama pinjaman (LPR) setahun dikurangkan sebanyak 10 mata asas kepada 3.40 peratus, yang lebih kecil berbanding dengan pengurangan 15 mata asas seperti yang dijangkakan oleh pasaran manakala LPR lima tahun tanpa dijangka telah dikekalkan pada 4.20 peratus.
"Oleh itu, renminbi China (juga dikenali sebagai yuan) lemah berbanding dolar AS sebanyak 0.29 peratus kepada 7.3059 yuan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata China kelihatan agak kurang yakin untuk bertindak balas terhadap ancaman pertumbuhan lembap.
"Oleh itu, ini akan mewujudkan situasi pelabur enggan ambil risiko buat masa ini yang diterjemahkan kepada ringgit yang lebih lemah," katanya.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1869/1902 daripada 3.1926/1959 ketika ditutup pada Jumaat lepas serta susut berbanding euro kepada 5.0647/0696 daripada 5.0503/0552.
Mata wang tempatan juga turun berbanding dengan pound British kepada 5.9196/9254 daripada 5.9131/9189 sebelumnya.
Ringgit juga bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
aMata wang Malaysia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.27/8.28 pada Jumaat lepas dan lebih stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 303.1/303.6 daripada 303.9/304.2.
Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4241/4279 daripada 3.4228/4264 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2070/2258 daripada 13.1331/1510.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662553874_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 6 petang, mata wang tempatan kekal tidak berubah pada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada angka penutupan pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
![Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320699_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok
Pada 8 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.4150/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4235 ketika ditutup pada Rabu.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
![Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4620 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4580 pada Isnin.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.
![Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712918596_semikonduktor.jpg)
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8 pagi, ringgit naik ke paras 4.4695/4800 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675044442_duit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
![Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.