KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan permintaan kukuh yang semakin meningkat terhadap mata wang negara maju itu susulan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6825/6850 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6835 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran turut mempertimbangkan sama ada Fed akan mengubah pendiriannya susulan data Indeks Harga Pengguna teras AS yang lebih rendah.
"Walau bagaimanapun, dolar AS adalah lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama iaitu euro Eropah dan Swiss Franc.
"Sentimen mungkin dipengaruhi oleh yen Jepun, yang kekal tertekan berbanding dolar AS walaupun kenyataan cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh Gabenor Bank of Japan hujung minggu lepas," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.1769/1789 daripada 3.1742/1778 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding pound British kepada 5.8405/8436 daripada 5.8308/8370.
Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 5.0234/0261 daripada 5.0200/0254.
Unit domestik juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean lain.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4402/4423 daripada 3.4358/4400 ketika ditutup semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.9/305.2 daripada 304.3/304.8.
Unit tempatan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.24/8.26 semalam serta meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0792/0902 daripada 13.0809/1003.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 5.0234/0261 daripada 5.0200/0254. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Dolar AS mengukuh apabila Rizab Persekutuan AS dijangka mengambil pendekatan secara beransur-ansur dalam melonggarkan dasar monetari.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2875/3005 berbanding dolar AS, daripada 4.2800/2830 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah semula paras 4.19
Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa.
Ringgit mulakan minggu ini dalam julat stabil, prospek meningkat kekal positif
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2005/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit terus catat kenaikan dengan dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2930/3030 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3740/3840 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3800 semalam.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, disokong sentimen positif prestasi kewangan korporat
Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan semula dan ditutup tinggi pada Khamis didorong pembelian semasa harga murah, selepas mengalami penurunan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.