Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Bernama
April 8, 2024 23:15 MYT
April 8, 2024 23:15 MYT
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang utama seperti Yen Jepun, euro, pound Britain dan franc Switzerland menyusut berbanding dolar AS dengan Rizab Persekutuan (Fed) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah penanda aras yang kini berada pada 5.50 setiap sen.
Beliau berkata, NFP Mac meningkat secara tidak dijangka kepada 303,000, mengatasi jangkaan pakar ekonomi sebanyak 200,000 pekerjaan, menurut Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS pada Jumaat lalu.
Kadar penyertaan tenaga buruh juga menyaksikan peningkatan kepada 62.7 peratus daripada 62.5 peratus, menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat AS menyertai tenaga kerja.
Selain itu, kadar pengangguran juga merosot kepada 3.8 peratus daripada 3.9 peratus dengan lebih ramai orang bekerja dan menerima gaji yang stabil.
"Secara keseluruhannya, data NFP menggariskan sentimen kenaikan harga dalam dolar AS berbanding mata wang utama lain.
"Dalam proses itu, ringgit telah menyusut sebanyak 0.20 peratus berbanding dolar AS kepada RM4.7572 kerana margin besar dalam perbezaan kadar faedah berada yang diunjurkan akan kekal untuk tempoh lebih lama," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain,
Unit tempatan menokok berbanding euro kepada 5.1434/1477 daripada 5.1437/1470 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1278/1306 daripada 3.1341/1363, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9980/0030 daripada 5.9956/9994 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9434/12.9596 daripada 12.9495/12.9641 ketika ditutup pada Jumaat dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.5202/5234 daripada 3.5208/5233 sebelumnya.
Unit tempatan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.1 berbanding 299.4/299.8 ketika ditutup pada Jumaat dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.39/8.41 sebelumnya.
-- BERNAMA