KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati menjelang data pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6445/6485 berbanding dolar AS daripada 4.6365/6405 pada Rabu.
Pasaran ditutup pada Khamis sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata anggaran konsensus mencatatkan jumlah pekerjaan yang diwujudkan sebanyak 170,000 pada Ogos daripada 187,000 pada bulan sebelumnya, yang bermakna kadar pewujudan pekerjaan sederhana pada tahun ini.
"Bagaimanapun, pasaran dilihat tidak yakin berikutan Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan pendirian kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, apabila ia meningkat kepada 5.0388/0432 daripada 5.0482/0526 pada Rabu.
Mata wang tempatan merosot berbanding pound kepada 5.8878/8929 daripada 5.8684/8735 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1939/1968 daripada 3.1679/1708.
Pada masa yang sama, ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4386/4418 daripada 3.4278/4311 pada Rabu dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.6/305.1 daripada 304.1/304.6.
Mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2677/2852 daripada 13.2094/2268 pada Rabu dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 daripada 8.17/8.18.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Mata wang tempatan merosot berbanding pound kepada 5.8878/8929 daripada 5.8684/8735 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1939/1968 daripada 3.1679/1708. - Gambar fail/Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar AS ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.

Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.