KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin seiring dengan prestasi mata wang serantau yang lebih lemah berikutan pengukuhan dolar AS, kata seorang pakar ekonomi.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6140/6175 berbanding dolar AS 4.5865/5895 pada Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur telah memasuki mod mengelak risiko apabila peserta pasaran meneliti data China yang menunjukkan tanda-tanda kelemahan.
"Memandangkan perbezaan ketara dasar monetari di China dan Amerika Syarikat yang menunjukkan pihak pertama cenderung kepada pelonggaran, ini akan menjadikan dolar AS lebih menonjol.
"Oleh itu, dolar AS akan disokong dengan baik dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit lebih terdedah kepada kelemahan ekonomi dan yuan China berikutan hubungan perdagangan rapat Malaysia dengan China.
"Memandangkan keputusan status quo daripada risiko politik pasca pilihan raya, kami berpendapat ringgit yang lebih lemah adalah berkaitan dengan masalah ekonomi China," katanya.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.1832/1858 daripada 3.1712/1735 pada Jumaat lepas, turun berbanding pound Britain kepada 5.8575/8619 daripada 5.8230/8268 dan lebih rendah berbanding euro kepada 5.0519/0557 daripada 5.0351/0.384 sebelumnya.
Dalam pada itu, unit tempatan itu itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.6 daripada 301.3/301.6 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.13 daripada 8.14/8.15.
Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4064/4095 daripada 3.3967/3991 ketika ditutup pada Jumaat dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1173/1332 daripada 13.0737/0871 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6140/6175 berbanding dolar AS 4.5865/5895 pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit adalah mata wang berprestasi terbaik pada 2024, meningkat 2.72 peratus berbanding mata wang AS.

Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.

Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.

Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.