Ringgit dijangka lebih kukuh berbanding dolar AS

Astro Awani
Januari 18, 2013 15:49 MYT
Ringgit dijangka bergerak di antara RM2.95 dan RM3.15 berbanding dolar Amerika pada 2013.
Menurut ketua pakar ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd Anthony Dass, pengukuhan ini sejajar dengan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini.
Tambahnya, Ringgit dijangka pada kadar purata 3.05 berbanding dolar Amerika bagi tahun ini, memandangkan pertumbuhan ekonomi dijangka berkembang kepada 5.8 peratus berbanding 2012.
Beliau menambah bahawa kadar dasar semalaman (OPR) juga mungkin kekal stabil tahun ini.
Kerajaan Jepun sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan 10.3 trilion yen, stimulus yang akan meningkatkan keluaran dalam negara kasar sebanyak dua peratus dan mencipta 600,000 pekerjaan baharu.
Sementara itu, ketua pakar ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd Nor Zahidi Alias berkata Ringgit mungkin bergerak di antara RM2.95 dan RM3.15 berbanding dolar Amerika pada 2013 dengan tanggapan bahawa kestabilan politik akan memberi yang besar tahun ini.
Bagaimanapun, Nor Zahidi tidak menafikan kemungkinan Ringgit bergerak pada julat yang besar kepada dolar Amerika jika sentimen pasaran bergolak sebelum atau selepas pilihan raya umum.
#Anthony Dass #Malaysia Rating Corporation Bhd #MIDF Amanah Investment Bank Bhd #Nor Zahidi Alias #ringgit
;