KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil dengan risiko penurunan pada minggu depan antara 4.1350-4.1470 di tengah-tengah potensi harga minyak yang lebih baik dan kebimbangan terhadap kelembapan pemulihan ekonomi global.
Penganalisis berkata, permintaan yang stabil terhadap minyak pada minggu lepas mungkin akan meningkat susulan data yang menunjukkan peningkatan aktiviti perjalanan udara terutamanya daripada dua pengguna utama iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.
"Permintaan dan output bagi operasi perniagaan dilihat turut bergerak seiring, menunjukkan kestabilan pasaran minyak global yang memihak kepada ringgit kerana ia berhubung kait dengan harga minyak," katanya.
Pada Jumaat, sehingga 6.15 pagi waktu CST, kontrak Mei bagi minyak mentah Brent naik hampir 3.4 peratus untuk diniagakan pada US$64.86 setong.
Dalam pada itu, penganalisis berkata sokongan kepada ringgit mungkin diimbangi oleh laporan terkini Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan nisbah hutang isi rumah kepada keluaran dalam negara kasar untuk meningkat kepada puncak baharu iaitu 93.3 peratus pada Disember 2020 berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 87.5 peratus pada Jun 2020.
Dalam laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan-Separuh Kedua 2020, bank pusat berkata kebimbangan terhadap hutang isi rumah yang tinggi ialah ia mungkin menyebabkan pengurangan hutang yang cepat oleh isi rumah selepas berlakunya krisis, sekali gus menjejaskan atau menggagalkan pemulihan ekonomi.
"Ini mungkin menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan boleh guna atau wang yang mencukupi dan ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada sektor perkhidmatan dan runcit kerana belanjawan yang lebih ketat, sekali gus tidak mampu merangsang pertumbuhan ekonomi," katanya.
Beliau berkata dengan pergerakan meningkat harga minyak, lebih banyak tekanan wujud dalam perbelanjaan pengguna dan inflasi akan meningkat, dipacu oleh guna tenaga tidak penuh.
"Dalam keadaan ini, saya berpendapat Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak boleh ditingkatkan secara signifikan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun akan datang kerana masa diperlukan untuk memperbaiki pasaran buruh," katanya.
Sementara itu, disokong keyakinan kepada pemulihan ekonomi AS yang tinggi dan kestabilan harga minyak, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes menjangkakan ringgit untuk bergerak di antara 4.13 dengan 41.5 berbanding dolar US.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar US kepada 4.1380/1420 daripada 4.1445/1485 pada minggu terdahulu.
Unit tempatan turut diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0780/0816 daripada 3.0778/0814 pada minggu sebelumnya dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7455/7494 daripada 3.7853/7900.
Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7241/7309 daripada 5.7153/7224 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding euro kepada 4.8733/8797 daripada 4.8872/8927 pada minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
![Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613551885_money.jpg)
Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil dengan risiko penurunan pada minggu depan antara 4.1350-4.1470 di tengah-tengah potensi harga minyak yang lebih baik dan kebimbangan terhadap kelembapan pemulihan ekonomi global. -Gambar fail
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi hari ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste untuk Lembaga 'Centro Nacional Chega!' (CNC). Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.
![Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
![Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.