KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama lain pada Selasa ketika peserta pasaran menunggu pengumuman mengenai inflasi Malaysia, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6780/6850 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6835 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dijadual mengumumkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Rabu untuk mengukur kesan rasionalisasi subsidi bahan api.
"Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh bagi suku kedua 2024 berbanding jangkaan pasaran menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan walaupun ada kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup.
"Ini memberi gambaran bahawa bank pusat Malaysia tidak akan menyertai langkah sekumpulan bank pusat lain mengenai pelonggaran dasar monetari, ini kerana pendirian dasar semasa kekal menyokong pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ringgit boleh kekal pada paras semasa memandangkan beberapa peristiwa global sedang berlaku dan peserta pasaran menunggu pengumuman mengenai IHP.
Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata di peringkat global, pengurangan kadar faedah mengejut di China menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu memerlukan sokongan untuk mengekalkan sasaran pertumbuhan lima peratus tahun ini selepas KDNK suku kedua 2024 susut kepada 4.7 peratus.
Pada masa sama, Naib Presiden AS Kamala Harris semakin mendapat sokongan daripada parti Demokrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden pada November.
"Indeks Dolar AS (DXY) turun sedikit sebanyak 0.08 peratus kepada 104.314. Kempen pilihan raya itu masih perlu diikuti untuk melihat sama ada beliau akan memenangi pilihan raya Presiden atau sebaliknya, namun buat masa ini, keadaan dilihat positif untuk dolar," katanya.
Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9809/9858 daripada 2.9869/9892 ketika ditutup pada Isnin, serta tinggi berbanding pound British kepada 6.0487/0577 daripada 6.0514/0553.
Unit domestik lebih stabil berbanding euro kepada 5.0939/1015 daripada 5.0971/1003 semalam.
Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang negara ASEAN, kecuali peso Filipina.
Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.03.
Ringgit tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 288.3/288.9 daripada 288.5/288.8 semalam, dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8746/9021 daripada 12.8975/9118.
Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.4755/4809 daripada 3.4804/4829 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6780/6850 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
[TERKINI] Empat suspek kes culik Albertine Leo direman empat hari
Empat kes culik kanak-kanak, Albertine Leo, direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
[TERKINI] Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.
![Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, dipacu pembelian semasa harga murah susulan penurunan semalam.
![Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676774017_TBhumantrafficking.jpg)
Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru agar usaha dipergiatkan untuk melindungi kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia.
![Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721705890_kanakkanak.jpg)
Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis
Kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di Batang Kali dalam keadaan selamat.
![Nak beli kereta terpakai, Sofi Jikan hampir 'disengat' penjual Nak beli kereta terpakai, Sofi Jikan hampir 'disengat' penjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721701789_SofiJikan.jpg)
Nak beli kereta terpakai, Sofi Jikan hampir 'disengat' penjual
Antara yang hampir menjadi mangsa ialah pelakon, Sofi Jikan yang dipercayai ditipu penjual ketika mahu membeli kenderaan terpakai.
![Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721700397_SuspekCulik.jpg)
Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari
Permohonan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
![Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
AWANI Ringkas: Sediakan bantuan kepada rakyat Malaysia di sana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Antara kos, terpinggir dan kelangsungan perniagaan
Wartawan Farhan Hakimi mendekati beberapa individu yang menggunakan kenderaan diesel untuk memenuhi mata pencarian mereka, pasca penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan mulai Mei lalu.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.