KUALA LUMPUR: Ringgit kembali meningkat daripada penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, berikutan perkembangan positif yang dialami pasaran pertukaran mata wang asing Asia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minat risiko bertambah baik selepas perhatian didapati beralih kepada yen Jepun apabila Bank Of Japan (BOJ) dilihat akan mengubah pendiriannya tidak lama lagi selepas kekal mengalami keadaan terlebih akomodatif.
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.
Beliau berkata BOJ telah mengekalkan kadar dasarnya pada -0.1 peratus sejak Januari 2016 hingga kini.
Kadar inflasi Jepun telah melepasi sasaran dua peratus sejak sekian lama dengan Indeka Harga Pengguna (IHP) keseluruhan dan teras masing-masing berada pada 3.2 peratus dan 2.7 peratus pada Oktober.
Mohd Afzanizam berkata oleh itu, yen Jepun mencatatkan kenaikan ketara sejak akhir-akhir ini kepada 144.15.
Ini berlaku memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan Kadar Dana Fed tidak berubah minggu depan apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) kembali bersidang pada 12 dan 13 Dis, 2023.
"Justeru, ringgit sepatutnya kekal stabil hari ini pada kira-kira RM4.67 hingga RM4.68 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.
Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding pound kepada 5.8778/8828 daripada 5.8802/8858 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2632/2662 daripada 3.2243/2276 danlemah berbanding euro kepada 5.0374/0417 daripada 5.0359/0408 semalam.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.45 daripada 8.45/8.46 pada Khamis namun susut berbanding baht Thailand kepada 13.2916/3086 daripada 13.2803/3014.
Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4912/4947 daripada 3.4884/4920 serta lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.1 daripada 301.0/301.5 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691828873_money.jpg)
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. -Gambar fail/Reuters
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320699_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal dibuka tinggi, menjelang data KDNK suku kedua Malaysia esok
Pada 8 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.4150/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4235 ketika ditutup pada Rabu.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
![Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4620 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4580 pada Isnin.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.
![Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712918596_semikonduktor.jpg)
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8 pagi, ringgit naik ke paras 4.4695/4800 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675044442_duit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
![Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.