KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat kembali untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, didorong minat belian terhadap unit tempatan menjelang pemakluman data Indeks Harga Pengguna (IHP) esok.
Prestasi itu sekali gus mengakhiri penyusutan selama 10 hari berturut-turut yang dialami ringgit berbanding dolar AS.
Pada 9.20 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2280/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2345 ketika ditutup pada Rabu.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz bagaimanapun menjangkakan pergerakan itu hanya dalam tempoh yang singkat memandangkan semakin besar pergerakan meningkat yang kukuh, semakin cenderung pasaran untuk mengalami penurunan yang lebih ketara.
Beliau berkata ringgit telah mencecah paras rintangan pada 4.2350 berbanding dolar AS dan dolar menunjukkan tanda-tanda awal bagi pergerakan kurang memberangsangkan.
"Dari sudut pandang teknikal, penurunan besar adalah dijangkakan berikutan pelabur seperti ketiadaan dorongan.
"Sekiranya penurunan besar berlaku, ini dapat mendorong ringgit sehingga 4.1750, di mana lebih banyak tekanan belian dijangka menyokong dolar," katanya kepada Bernama.
Sementara itu unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0990/1006 daripada 3.0938/0961 ketika ditutup pada Rabu dan susut berbanding pound Britain kepada 5.7902/7923 daripada 5.7695/7729.
Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.9840/9857 daripada 4.9819/9849 namun meningkat berbanding yen kepada 3.8388/8405 daripada 3.8448/8474.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Pada 9.20 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2280/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2345 ketika ditutup pada Rabu.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
GISB nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja
GISBH menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.
Pahang rekod 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion
Pahang merekodkan 5.9 juta kedatangan pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.
Rakam, sebar video kawasan larangan kesalahan serius - KPISM
Tindakan merakam video serta mengambil gambar kawasan dan tempat larangan di pintu masuk negara merupakan kesalahan serius.
AWANI Ringkas: Siasatan eksploitasi kanak-kanak, agama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pencemaran bau - Kerja pembersihan tujuh hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita Terkini Kita: Adiwira sebenar, mereka hero Gunung Kinabalu...
Mereka adiwira sebenar. Hero yang tidak didendang memastikan keselamatan pendaki di Gunung Kinabalu. Siapa mereka? Ikuti episod Berita Terkini Kita yang kini sedang menjelajah Sabah.
Eksploitasi kanak-kanak, agama: Modus operandi GISB, kanak-kanak dididik cara meliwat, diliwat - KPN
Siasatan PPDRM mendapati modus operandi yang dilakukan di 20 rumah awal kendalian GISB adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.
Berita Terkini Kita: Bayu Kundasang, mendamaikan jiwa...
Berita Terkini Kita Astro AWANI kali ini menjejakkan kaki Ranau, Sabah. Anak muda di sana sudah ada yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan khusus sekali dalam sektor pelancongan sama seperti Shajean Oliver, pemuda etnik Dusun yang mengusahakan Lily’s Cottage & Kitchen yang terletak di kawasan pergunungan Kinabalu.
Taufan Yagi ragut 141 nyawa, 59 hilang di wilayah utara Vietnam
Setakat pagi Rabu, Taufan Yagi dan kejadian tanah runtuh serta banjir telah meragut 141 nyawa manakala 59 hilang di wilayah utara Vietnam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup kukuh, catat prestasi terbaik di Asia berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada 4.3505/3560 daripada paras penutup 4.3675/3705 pada Selasa.
Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS pada RM4.23 akhir 2024 - MIDF Amanah
Menurut MIDF Amanah, pendirian Rizab Persekutuan AS yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024.
Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup
Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
Ringgit kekal disokong dengan baik berikutan pasaran tunggu ucapan Pengerusi Fed
Ringgit kekal disokong dengan baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila menutup minggu dagangan ini di paras 4.37 pada Jumaat.
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.