KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik global menyaksikan nilai ringgit menyusut daripada keuntungan yang diraih semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi Rabu ini, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.2150/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2125 pada penutupan Selasa.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata perang di Ukraine kekal sebagai pemacu utama dalam pasaran pada masa ini.
Dilaporkan bahawa imej satelit memaparkan mayat bergelimpangan di jalan selepas tentera Rusia berundur dari Bucha, sebuah bandar berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula mengulas dolar AS terus meningkat lebih tinggi kerana penghindaran risiko berterusan apabila sekutu Barat dijangka meningkatkan sekatan mereka terhadap Rusia.
"Ini susulan daripada penemuan ngeri di Bucha di mana tindakan kejam dan jenayah berada pada tahap paling teruk," katanya kepada Bernama.
Selain itu, pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah akan meningkatkan nilai dolar AS.
"Dengan yang demikian, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.49 peratus kepada 99.486 mata manakala ringgit boleh kekal lemah antara RM4.21 dan RM4.22," kata Mohd Afzanizam.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.5069/5115 daripada 5.5297/5356 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5922/5961 daripada 4.6191/6241.
Nilai ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0979/1007 daripada 3.1048/1086 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4039/4070 daripada 3.4256/4295.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.2150/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2125 pada penutupan Selasa. -Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.