Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

Bernama
Januari 29, 2021 10:10 MYT
Peniaga menjangkakan ringgit akan diniagakan secara defensif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu sebagai permintaan yang selamat untuk mata wang.
Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar US daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.
Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum Thaipusam.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata saham dan mata wang pasaran sedang pesat membangun bergelut di bawah pelaksanaan vaksinasi COVID-19 yang amat perlahan di peringkat domestik dan pasaran maju, mendorong permintaan terhadap dolar US.
"Peniaga menjangka ringgit akan diniagakan secara defensif berdasarkan naratif ini," katanya kepada Bernama.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0508 daripada 3.0491/0520 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8763/8825 daripada 3.8956/8996.
Mata wang tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding pound kepada 5.5558/5617 daripada 5.5536/5594 dan susut berbanding euro kepada 4.9050/9106 daripada 4.9021/9131 sebelum ini.
-- BERNAMA
#ringgit #COVID-19 #peniaga #Amerika Syarikat #Singapura #Jepun #saham #mata wang #pasaran #dolar US #defensif #vaksin
;