KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) serta unjuran global terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat lepas pada 4.3995/4035.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketua IMF Kristalina Georgiva agak pesimis mengenai prospek ekonomi untuk lima tahun akan datang.
"Menurut Georgiva, mendapatkan pertumbuhan global yang teguh masih menjadi tugas yang getir berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan perang yang berterusan di Ukraine.
"Oleh itu, gandingan USD/MYR dijangka bergerak dalam julat yang sempit hari ini iaitu sekitar RM4.40-RM4.41," katanya kepada Bernama.
Selain itu, peserta pasaran turut menantikan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada Rabu.
Mohd Afzanizam berkata nilai ringgit telah meningkat sejak awal Mac dan carta teknikal menunjukkan mata wang tempatan berada dalam kedudukan terlebih beli.
"Sekiranya nada Rizab Persekutuan AS beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi, ada kemungkinan ringgit boleh terus meningkat. Jika tidak, ia akan kekal dalam julat semasa atau memperlihatkan beberapa pembetulan," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.8016/8092 daripada 4.8016/8060 pada penutup Jumaat lepas.
Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3201/3259 berbanding 3.3411/3443 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4674/4761 daripada 5.4730/4780 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8487/8759 daripada 12.9090/9279 minggu lepas dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3062/3119 daripada 3.3079/3114 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 295.20/295.80 daripada 295.00/295.30 Jumaat lepas dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.09/8.11 daripada 8.08/8.09 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.