KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dijangka meningkatkan mata wang AS itu.
Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan NFP pada Mei menunjukkan sebanyak 272,000 pekerjaan baharu pada bulan tersebut, mengatasi unjuran konsensus sebanyak 182,000.
Beliau berkata purata pendapatan mingguan AS juga tinggi kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Mei daripada 4.0 peratus sebelum ini, memberikan gambaran bahawa pertumbuhan gaji masih berdaya tahan.
"Sehubungan itu, ringgit akan kekal rendah berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun, terutamanya pembolehubah makroekonomi terkini mereka," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata walaupun NFP dilihat kukuh, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) merosot kepada 62.5 peratus pada Mei selepas kekal pada 62.7 peratus selama dua bulan berturut-turut, menunjukkan pasaran buruh AS tidak begitu teguh berikutan orang ramai memilih untuk keluar daripada pasaran buruh.
Justeru, penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan AS mengenai keadaan pasaran buruh adalah penting kerana ini akan mewajarkan keputusannya untuk mengekalkan atau melonggarkan dasar monetari yang ketat yang sedang dilaksanakan.
"Peralihan ke arah kecenderungan melonggarkan dasar akan menaikkan ringgit," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0066/0100 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.9994/6.0057 daripada 6.0009/0060 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 5.0814/0867 daripada 5.1079/1122 minggu lepas.
Ia turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7743/7944 daripada 12.8465/8627 pada Jumaat lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4861/4901 daripada 3.4872/4905 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.01/8.02 minggu lepas dan susut kepada 291.1/291.5 berbanding rupiah Indonesia daripada 289.5/289.9 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.