KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang ketat, sekali gus menyokong dolar, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Mohd Afzanizam berkata pada minggu ini, pemain pasaran akan memberi tumpuan kepada data inflasi AS dengan laporan Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Harga Pengguna yang akan dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.
"Oleh itu, ringgit dijangka dalam jajaran kecil hari ini.
"Fed dilihat tertumpu kepada menurunkan inflasi kepada sasaran dua peratus walaupun terdapat petunjuk ekonomi lemah," katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, katanya pasaran berharap tumpuan Fed akan berubah daripada inflasi kepada pertumbuhan, tetapi ini dilihat agak sukar pada masa ini berdasarkan kadar inflasi yang masih tinggi.
Pada awal dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.0407/0438 daripada 3.0428/0446 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding euro kepada 5.1062/1110 daripada 5.1072/1098 sebelum ini, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.9370/9426 daripada 5.9364/9395 minggu lepas.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5037 daripada 3.5017/5038 pada Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 12.8918/9086 daripada 12.9009/9137 minggu lepas dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.22/8.27 daripada 8.25/8.26 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.4/295.9 daripada 295.2/295.6 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Reuters
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
PM hulur bantuan khas kewangan kepada 18 individu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan khas kewangan kepada 18 individu yang memerlukan.
10 Berita Pilihan - (28 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bacaan RUU Mufti kali kedua, ketiga diteruskan pertengahan Oktober - Mohd Na'im
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini.
Agenda AWANI: Analisis keputusan Mahkota Memilih
Peratusan keluar mengundi, perubahan pola sokongan dan kekuatan calon dijangka jadi penentu kepada PRK DUN Mahkota, persaingan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini? Analisis keputusan Mahkota Memilih 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: DUN Mahkota | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang penyelia kilang mengalami kerugian RM1.04 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam letupan di stesen minyak Rusia
Punca letupan masih disiasat, bagaimanapun, faktor serangan telah diketepikan dan Jawatankuasa Siasatan Negara Rusia.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Mahkota Memilih: Menjelang pengumuman keputusan PRK DUN Mahkota
Perbincangan bersama Penganalisis Politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri mengenai PRK DUN Mahkota.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit susut kepada 4.13 pada sesi pembukaan
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1305/1375 berbanding dolar AS selepas meningkat kepada 4.1275/1310 semalam.
Ringgit cecah paras paling kukuh sejak Jun 2021, naik 0.69 peratus berbanding dolar AS
Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS
Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Ringgit mulakan minggu ini dalam julat stabil, prospek meningkat kekal positif
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2005/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 pada Jumaat lepas.