KUALA LUMPUR: Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu pada hari ini.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7620/7660 berbanding dolar AS daripada paras 4.7690/7730 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) menokok 0.11 peratus kepada 103.942 mata menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan (PCE) pada lewat hari ini.
"Sekiranya laporan PCE itu lebih tinggi daripada jangkaan, ini akan melonjakkan nilai ringgit," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran juga kekal memberangsangkan terhadap dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar faedah AS yang kian berkurangan.
Malah, beliau menyifatkan ringgit berada dalam keadaan terlebih jual ketika Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa unit tempatan itu telah terkurang nilai atau dinilai rendah.
"Jelas sekali, terdapat risiko kenaikan untuk ringgit namun pada masa ini, pasaran terlalu menumpukan kepada keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah utama.
"Oleh itu, (prestasi) ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal dalam julat kecil 4.76 hingga 4.77," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.1633/1668 daripada 3.1635/1664.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 6.0304/0368 daripada 6.0199/0250 semalam dan rendah berbanding euro kepada 5.1612/1666 daripada 5.1510/1553, sebelum ini.
Berbanding mata wang Asean lain, ringgit mempamerkan prestasi lebih mengukuh termasuk naik berbanding baht Thailand kepada 13.2140/2342 daripada 13.2252/2421 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5386/5429 daripada 3.5405/5437.
Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.48 daripada 8.47/8.49 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/303.9 daripada 303.8/304.3.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7620/7660 berbanding dolar AS daripada paras 4.7690/7730 pada akhir urus niaga semalam. -Astro AWANI/Shahir Omar

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.